Dalam insurans
hayat, sebilangan besar orang (dipanggil pemegang polisi) membayar sejumlah
wang (premium) ke dalam suatu dana yang diurus oleh syarikat insurans. Apabila
seseorang di dalam kumpulan itu ditimpa kesusahan, dia akan diberi sejumlah
wang daripada dana tersebut untuk membantu meringankan kesusahannya.
Bagaimanakah
saya membeli polisi insurans hayat?
Anda boleh memilih
untuk membeli polisi insurans hayat daripada institusi kewangan seperti bank
yang mempunyai urusan bankasurans dengan syarikat insurans, melalui broker
insurans atau ejen insurans hayat.
Sekiranya anda
membuat keputusan untuk membeli polisi insurans melalui ejen, sebelum berurusan
dengan ejen, anda hendaklah berpuas hati dengan reputasi dan kelayakan ejen
tersebut.
Semua ejen yang
menjual insurans hayat adalah berdaftar dengan Persatuan Insurans Hayat
Malaysia [Life Insurance Association of Malaysia (LIAM)], dan dimestikan lulus
peperiksaan yang dikendalikan oleh Institut Insurans Malaysia. Apabila
berurusan dengan ejen, pastikan anda meminta untuk melihat kad kuasa beliau
yang dikeluarkan oleh LIAM.
Kontrak
polisi
Apabila anda membeli
polisi insurans hayat, wujud kontrak di antara anda dengan syarikat insurans.
Anda bersetuju untuk membayar premium bagi tempoh tertentu dan, sebagai
balasan, syarikat insurans akan membayar kepada penama atau estet anda sejumlah
wang berikutan kematian anda.
Sekiranya anda
mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal atau apa-apa situasi yang
ditetapkan, bayaran akan dibuat kepada anda. Dalam kes hilang upaya menyeluruh
dan kekal, wang itu biasanya dibayar secara ansuran.
Anda mestilah
sentiasa membaca cetakan halus di dalam kontrak dan memahami had-had atau
klausa pengecualiannya.
Mengapakah
saya perlu membeli insurans hayat?
Anda mungkin ingin
membeli polisi insurans hayat atas sebab-sebab berikut:
Memastikan agar
keluarga terdekat anda mempunyai wang tunai dan pendapatan selepas kematian
anda agar mudah bagi mereka untuk membayar bil, cukai dan obligasi-obligasi
lain.
Supaya keluarga
terdekat anda dapat terus mengekalkan taraf hidup mereka selepas kematian anda.
Agar anak anda
mempunyai wang untuk pendidikannya.
Supaya anda
mempunyai pelan tabungan untuk masa hadapan agar apabila bersara, anda akan
mempunyai punca pendapatan berterusan.
Agar anda mempunyai
pendapatan sampingan apabila pendapatan anda berkurangan berikutan penyakit
yang serius atau kemalangan.
Walau apapun
sebabnya, anda perlu berhati-hati apabila memilih polisi agar bersesuaian
dengan keperluan anda. Ambillah masa untuk berbincang dengan syarikat insurans
atau pengantaranya tentang polisi yang ingin anda beli.
Anda perlu mengisi
borang permohonan yang menanyakan butir-butir peribadi dan perubatan anda,
jenis polisi dan amaun perlindungan yang anda perlukan.
Pelepasan
cukai pendapatan
Anda boleh menuntut
pelepasan cukai terhadap premium yang anda bayar, tertakluk kepada terma dan
syarat tertentu. Bagi polisi hayat biasa, amaun maksimum pelepasan ialah
RM6,000 termasuk apa-apa sumbangan yang anda buat kepada skim manfaat persaraan
yang diluluskan, seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau skim-skim pencen
yang lain. Bagi polisi perubatan atau pendidikan, pelepasan cukainya ialah
RM3,000 setahun.
Apakah
polisi yang patut saya beli?
Anda mestilah
memilih jenis polisi yang paling sesuai dengan kedudukan diri anda. Sekiranya
anda masih muda dan ingin memastikan pasangan dan anak anda akan terbela jika
anda tiba-tiba meninggal dunia, insurans bertempoh adalah paling sesuai.
Sekiranya anda telah berumur dan mempunyai keluarga yang lebih mantap, jenis
premium tetap dan polisi yang mengumpul nilai tunai adalah lebih sesuai.
Anda hendaklah
memahami skop perlindungan yang diberikan di bawah polisi, terma dan syarat
serta kos perlindungan insurans yang berbagai. Anda juga harus mengetahui apa
akan terjadi sekiranya anda ingin beralih daripada satu syarikat insurans
kepada syarikat insurans yang lain, atau sekiranya anda ingin berpindah
daripada satu jenis polisi kepada polisi lain.
A Review of an online casino site - Lucky Club
ReplyDeleteOnline gambling is regulated and licensed in Curacao. The Curacao Gaming Commission provides an overview of luckyclub.live its activities and their services. In