Medical Card Keluarga Takaful adalah satu plan yang boleh disertai bersama takaful hayat. Namun ianya tidak diwajibkan jika anda tidak mahu.
Takaful hayat melindungi salah seorang antara ibu atau bapa yang mengetui plan ini (principle takaful policy holder), dan medical card keluarga takaful akan melindungi ibu+bapa+anak anak.

Ciri Ciri Plan Medical Card Keluarga Takaful + Takaful Hayat :
Terbahagi pada 2 bahagian:
1. Medical Card Keluarga Takaful
- Pada lelaki Muslim yang berpoligami, kesemua anak anak dari maximum 4 isteri dilindungi bawah plan medical card keluarga. Namun jumlah keseluruhan anak adalah 4 orang sahaja. Bagi mereka yang ada anak melebihi 4 maka opsyen lain ada, sila hubungi saya.
- Pada mereka yang telah mempunyai anak dari perkahwinan yang lepas, anak anak itu juga dilindungi walaupun anda mengambil medical card keluarga dengan pasangan baru.
- Anak angkat yang sah dari segi undang undang juga dilindungi seperti anak sendiri dalam plan medical card keluarga.
- Perlindungan Tanpa Limit Sepanjang Hayat - Plan tanpa limit memberikan anda ketenangan hati kerana anda dijamin tidak akan kehabisan perlindungan tidak kira berapa banyak anda membuat tuntutan.
- Perlindungan Menyeluruh - melindungi anda dari penyakit biasa seperti deman biasa, denggi dan etc. Melindungi anda dari penyakit kritikal seperti sakit jantung, kanser dan etc. Juga melindungi anda dari kemalangan jalan raya, ketika bersukan, membersih rumah dan etc.
- Tidak Perlu Membeli Insuran Nyawa - kebanyakan skim kad medikal memerlukan anda menyertai skim insuran nyawa, namun kad medikal keluarga ini tidak mewajibkan anda menyertai apa apa skim insuran nyawa atau pun takaful hayat.
- Kad Medikal Cashless - kad ini adalah plan cashless dimana anda tidak perlu bayar dahulu dan claim kemudian. Pihak insuran akan bayar terus pada hospital.
- Tiada Perkongsian Limit Perlindungan - dibawah plan keluarga, setiap ahli mempunyai limit masing masing. Limit minima adalah RM90,000 setiap ahli keluarga.
- Limit Jumlah Anak- kad medikal keluarga ini mempunyai limit jumlah anak seramai 4 orang.
- Baby Baru - setiap anak anda yang lahir akan dilindungi oleh plan keluarga selepas satu bulan usianya tanpa bayaran lebih.
- Pre & Post Hospitalization - anda juga boleh claim semula bil bil rawatan selama 60 hari sebelum dan 120 hari selepas dimasukan ke hospital. Rawatan sebelum dimasukan ke hospital dan rawatan sesulan selepas masuk hospital.
- Rawatan Pesakit Luar - anda boleh claim semula bil bil rawatan pesakit luar di klinik dan hospital akibat kemalangan. Tidak perlu dimasukan ke hospital.
- Hospital Bukan Panel - anda juga boleh claim semula bil hospital anda jika dirawat dihospital bukan panel.
- 70++ Panel Hospital - terdapat banyak panel hospital yang anda boleh gunakan. Contoh PRINCE COURT KL, SJMC, PANTAI, ASSUNTA, SUNWAY, DARUL EHSAN, SELANGOR MEDICAL CENTER, TAWAKAL KL, AMPANG PUTERI, DAMANSARA SPECIALIST, GLENEAGLE HOSPITAL dan etc.
No comments:
Post a Comment